Ke mana haluan media cetak di Malaysia?
Penutupan empat buah akhbar Malaysia dalam tempoh kurang dari setahun menimbulkan persoalan tentang kelangsungan dan relevannya industri media cetak di negara ini.
Harian berbahasa Inggeris The Malay Mail tutup pada Disember tahun lepas setelah wujud selama 122 tahun, dan kini beroperasi secara dalam talian.
Akhbar Tamil Nesan tutup pada Februari tahun ini selepas mengusahakan percetakan selama 94 tahun.
Awal bulan ini, akhbar berbahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia menamatkan operasi selepas 80 tahun dalam bisnes berkenaan. Penerbitan kembarnya Kosmo! turut mengalami nasib yang sama.
Apakah ini petanda bahawa pembacaan surat khabar kian merosot? Natijahnya: akhbar harian ditutup dan wartawan, staf pengeluaran serta kakitangan lain mendapati diri mereka kehilangan pekerjaan yang sudah sekian lama sebati dalam diri mereka.
Apakah akan muncul cahaya di penghujung terowong bagi industri media konvensional?
Mengikut kata wartawan veteran Tan Sri Johan Jaaffar, yang pernah menjadi ketua pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, “industri ini punya masa depan yang malap, sukar dan tidak menentu”.
Banyak surat khabar yang telah hapus dalam kira-kira sedekad lepas, katanya, dan menyatakan ia merupakan industri yang sedang menghadapi senja, suka atau tidak kita kena terima realiti ini.
"Ya, ini menakutkan. Ia menyedihkan saya, tetapi saya perlu realistik. Ada pak nujum yang meramalkan bahawa dalam lima tahun akan datang, hampir semua surat khabar di dunia akan hapus dalam bentuk tradisional mereka, berdasarkan rating dan jualan yang merosot.
“Saya yakin ini satu kemungkinan," Johan, yang pernah dianugerah Tokoh Wartawan Negara 2019, memberitahu Bernama.
Beliau berkata melihat pada anjakan dalam penatapan media, zaman ketika mana orang selalunya mendapatkan berita daripada surat khabar sudah berlalu dan setiap kali seorang pembaca meninggal, tidak ada orang yang mengambil alih tempatnya.
"Setelah menyebut hal itu, saya yakin ada petanda yang membawa tuah. Saya yakin ada segelintir akhbar - hanya yang terbaik - akan dapat meneruskan kelangsungan hidup bila mereka menyediakan berita berkualiti, sekalipun terpaksa berdepan dengan pandangan skeptikal kononnya setiap surat khabar adalah penyebar berita kerajaan,” kata beliau.
Johan berkata epidemik industri media perlu banyak membuat kajian dan mengolah semula formula lama, dan terdapat peluang untuk menyemak seluruh senario untuk permulaan baharu atau melahirkan agenda berita baharu.
"Model perniagaan juga perlu diubah. Sistem lama tidak boleh dipakai lagi. Mereka mesti melihat kembali pada cara mereka melakukan kerja, bagaimana mereka beroperasi dan bagaimana mereka meraih pendapatan mereka, termasuk kebergantungan mereka pada jualan dan iklan jalanan,” katanya.
Johan berkata beliau tidak dapat menyetujui idea penggabungan media oleh kerana beliau percaya ini tidak akan berjaya akibat merosotnya bilangan pembaca media tradisional.
Beliau berkata sekolah kewartawanan, awam atau swasta, mestilah juga menilai semula kursus dan latihan mereka, dengan pelajar disedarkan tentang realti baharu bisnes, operasi media dan keseluruhan disiplin mendapatkan berita, pemprosesan serta penyebaran berita untuk melahirkan wartawan yang cemerlang.
Datuk Seri Azman Ujang, pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), juga tidak begitu optimistik.
Beliau berkata profesion kewartawanan itu sendiri, sebagaimana setiap orang tahu, adalah juga dipertaruhkan kerana peranan wartawan terlatih secara perlahan tetapi pasti, diambil alih oleh mereka yang tidak terlatih, termasuk netizen, yang datang daripada pelbagai latar belakang.
"Media cetak kini berdepan dengan keadaan pasaran paling teruk pernah dilalui di serata dunia. Pada suatu ketika orang ramai bergantung pada surat khabar untuk mendapatkan berita, tetapi keperluan sebegitu tidak lagi wujud oleh kerana peranan surat khabar sudah diambil alih oleh gajet yang membekalkan pembaca dengan begitu banyak berita dan maklumat, lebih daripada yang mampu mereka tatap.
"Kemudian muncul gelombang baharu berita palsu yang memberi dampak besar dalam senario berita. Wang nampaknya mengelak bisnes percetakan,” kata beliau.
Azman berkata satu cara menuju kepada kewartawanan berkualiti ialah dengan mencetus dan menyegarkan semula minat baharu dalam media cetak.
Beliau juga berkata penutupan Utusan Malaysia, Kosmo!, Tamil Nesan dan Malay Mail dan kemungkinan juga surat khabar lain menghadapi nasib yang serupa pada masa depan memberi kesan kepada Bernama, juga, kerana pertubuhan itu dibentuk antara lain untuk berkhidmat kepada surat khabar.
Ketua pegawai pengisian Star Media Group Esther Ng berkata media cetak belum lagi wajar dikesampingkan walaupun berlaku sedemkian pada surat khabar, tidak diragui menghadapi masa yang sukar dan kemajuan teknologi menjejas teruk industri itu.
Beliau berkata pada banyak bahagian dunia, media cetak ada yang mengalami kebangkitan semula dan berita yang mereka sampaikan dalam bentuk berbeza, lebih mendalam dan analitikal.
Surat khabar hari ini perlu kelihatan lebih menarik untuk bergerak ke depan. Itulah sebabnya kita berusaha menjadikan surat The Star sebagaimana bentuknya sekarang.
"Media, seperti industri lain, telah bergerak pantas mendepani gelombang perubahan dan Star Media Group bangga menyatakan bahawa kami adalah antara yang pertama beroperasi secara digital. Kami adalah media yang pertama di negara ini mengemukakan kandungan secara dalam talian, 24 tahun lepas, dan, hari ini kami adalah badan media melakukan ‘utamakan digital’,” kata beliau.
Ng berkata badan media perlu menyesuaikan diri dengan trend semasa, dan tidak hanya fokus pada percetakan dan berita dalam talian, tetapi juga semua platform yang ada hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sementara News Straits Times Press Mustapha Kamil Mohd Janor berkata secara tradisional, kekuatan surat khabar pasaran massa selalu diukur mengikut jumlah edaran dan, pada kira-kira sedekad lepas, jumlah edaran tidak bergerak ke mana, tetapi menurun.
Bagaimanapun, beliau berkata untuk mengatakan bahawa masyarakat tidak membaca berita tidak benar keseluruhannya kerana versi dalam talian surat khabar Malaysia, termasuk Utusan Malaysia dan Kosmo!, masih ramai peminat.
"Barangkali, penatapan berita tidak berubah, platform yang dihasratkan sudah.
"Ia seperti muzik. Musik hidup membuka ruang bagi kemunculan gramophone.
“Pada masa platform telah berubah dalam beberapa tahun, muzik kekal tidak berubah," kata beliau.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai