Hari 23: Prosiding ditangguh lebih awal, Shafee nak jumpa pakar mata
LANGSUNG | Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan penggubahan wang haram dana 1MDB memasuki hari ke-23 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding.
4.45pm: Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan belum menyelesaikan kira-kira 45 peratus lagi soalan balas untuk bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Ketua pembelaan Najib Razak itu berkata setakat ini pihaknya baru menyelesaikan kira-kira 55 peratus soalan yang ingin di tanya kepada saksi kesembilan itu.
Shafee bercakap kepada media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4.10 petang ini.
4.05 petang: Perbicaraan ditangguhkan sedikit awal hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan prosiding ditangguhkan selepas menerima permohonan ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah, untuk bertemu dengan doktor mata.
Dalam permohonannya Shafee berkata, dia perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar mata kerana ia adalah antara prosedur yang perlu dilakukan sebelum menjalani pembedahan Sabtu ini.
Sequerah kemudian menetapkan 9.30 pagi Isnin ini untuk perbicaraan selanjutnya.
4 petang: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu mahkamah dia menandatangani minit satu mesyuarat syarikat itu pada 2011 walaupun tidak menghadirinya.
Kata saksi pendakwaan itu, dia diberikan minit mesyuarat yang memperincikan perbincangan pada 20 Mac oleh Jho Low.
Shahrol juga mendakwa ahli perniagaan yang dikehendaki polis itu memberitahunya Najib bersetuju dengan minit tersebut, justeru sebagai CEO dia juga perlu menurunkan tandatangan.
Saksi itu juga bersetuju bahawa ada fakta yang tidak benar dipaparkan dalam minit tersebut iaitu dia adalah orang yang merekodkannya.
"Ini bukan laporan yang benar tetapi saya tandatangan berdasarkan keyakinan saya bahawa Jho Low bekerjasama dengan Najib dalam hal ini dan Najib mahu ia dilaksanakan," katanya.
3.25pm: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi menggambarkan Najib Razak sebagai "Maharaja 1MDB".
Ketika sesi pemeriksaan balas, Shahrol bersetuju dengan soalan daripada peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengenai sama ada saksi kesembilan cuba mengatakan bahawa Najib adalah seperti "Maharaja 1MDB".
Shafee: Adakah anda mengatakan (bekas) perdana menteri (Najib) adalah Maharaja 1MDB, tanpa sebarang semak dan imbang?
Shahrol: Saya akan katakan ya.
3.20pm: Bekas CEO 1MDB memberitahu mahkamah bahawa walaupun apa yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang yang mengikat syarikat, realitinya ialah Najib Razak mempunyai kuasa paling muktamad.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, yang menghadapi peruntukan undang-undang yang membangkitkan berhubung kuasa lembaga pengarah 1MDB dalam membuat keputusan untuk syarikat itu.
"Saya hanya boleh memberi keterangan apa yang telah berlaku, dan apa yang berlaku pada masa itu, kepada diri saya sendiri, kita pertimbangkan minit-minit yang diambil dan ditandatangani oleh Datuk Seri Najib sebagai arahan oleh PM dan kita sebagai pengarah adalah menjadi tugas untuk melaksanakan kehendaknya.
"Jadi itulah yang berlaku. Sama ada ia mematuhi peraturan ini, wajar untuk anda bangkitkan, tetapi inilah yang berlaku.
"Dari 2009 hingga 2013 ketika saya meninggalkan jawatan CEO, saya terus melihat Najib sebagai kuasa muktamad dalam 1MDB," katanya.
Shafee kemudian terus menekan Shahrol, sambil berkata bahawa pembelaan tidak membantah fakta bahawa Najib mempunyai kuasa muktamad dalam 1MDB, namun kuasa untuk membuat keputusan masih terletak pada lembaga pengarah.
Untuk ini, Shahrol berkata ia bukan apa yang selalu berlaku dalam amalan 1MDB.
3.00pm: Bekas perdana menteri dan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB adalah "bos" yang memberi arahan Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang merupakan CEO 1MDB ketika itu.
Shahrol yang merupakan saksi ke-9 memberi keterangan ini apabila peguam Najib menyoalnya mengenai kesahihan pertemuan yang dikatakan antara dirinya dan Najib pada Oktober 2009.
"Pada masa itu, kerana Najib memegang tiga watak, saya tidak membezakan antara peranan yang dimainkannya.
"Apabila dia memutuskan sesuatu, keputusan sama diguna pakai sama ada atas kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan atau pengerusi lembaga penasihat (1MDB), dia (Najib) adalah bos dan saya mengikuti arahannya," kata Shahrol.
2.53pam: Mahkamah dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak diberitahu berhubung kira-kira AS$700 juta pemindahan wang kepada Jsyarikat dikaitkan dengan Jho Low, Good Star Limited.
Shahrol berkata Najib, yang ketika itu merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dimaklumkan ketika Shahrol bertemu dengan beliau di rumahnya untuk pertemuan pada 16 Oktober 2009.
Shahrol menjawab soalan Shafee mengenai mesyuarat itu, yang minit mesyuaratnya dibentangkan di mahkamah hari ini.
Shahrol berkata Najib kemudian bertanya tentang penilaian semula PSI mengenai aset yang dikaitkan dengan usahasama itu, antara lain sebelum dia menandatangani dokumen yang dikemukakan kepadanya oleh Shahrol.
"Ini juga susulan dari arahan lembaga 1MDB kepada saya untuk menyampaikan kepada Najib ringkasan tentang apa yang berlaku tidak lama selepas isu dengan PSI di mana AS$700 juta telah dipindahkan kepada Good Star.
"Ini juga adalah ketika saya sudah merujuk dengan PSI meminta mereka memberi input mengenai cadangan itu.
"Niat di sini adalah untuk 1MDB memastikan pengerusi lembaga penasihat diberitahu dan untuk dia menandatangani Point 6 (dokumen) yang merupakan bahagian yang sudah dipersetujui," katanya.
2.45pm: Mahkamah dimaklumkan bahawa Najib Razak telah menandatangani surat melantik Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada 2009 bukan dalam kapasiti sebagai perdana menteri ketika itu.
Mengikut surat yang diserahkan sebagai bukti, Najib telah menandatangani surat berkenaan atas kapasitinya sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Pada awal perbicaraan, dimaklumkan bahawa di bawah memorandum dan artikel persatuan 1MDB (M&A), pelantikan anggota pengurusan utama 1MDB hanya boleh dibuat oleh perdana menteri Malaysia.
Shahrol, yang merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraan, bagaimanapun tidak bersetuju bahawa perkara itu menjadikan pelantikannya sebagai CEO syarikat tidak sah.
Jelasnya, ini kerana ia adalah orang yang sama yang menandatanganinya walaupun kapasiti yang berbeza.
Shahrol bagaimanapun bersetuju bahawa adalah penting kapasiti yang betul digunakan untuk pelantikan berkenaan.
2.37pm: Prosiding disambung.
12.39pm: Prosiding berehat untuk makan tengah hari dan akan disambung semula 2.30 petang.
12.09 tengah hari: Bekas perdana menteri Najib Razak yang memainkan tiga watak dalam proses kelulusan untuk mengeluarkan maklumat sulit mengenai 1MDB adalah masalah, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Saksi kesembilan itu berkata bahawa ini kerana Najib bukan hanya menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB tetapi juga sebagai perdana menteri dan menteri kewangan dalam proses meluluskan pendedahan maklumat sulit1MDB.
"Lembaga pengarah (1MDB) memutuskan, lembaga penasihat (1MDB) meluluskan dan surat ini (dari Shahrol sebagai CEO 1MDB kepada Najib bertarikh Disember 2009) adalah untuk merasmikan kelulusan dari perdana menteri dan menteri kewangan.
"Masalahnya ialah orang yang sama (Najib) memegang tiga watak. Dia sudah mengesahkannya (sebagai ketua lembaga penasihat 1MDB).
"Ini untuk meminta persetujuannya sebagai dua watak lain, dalam surat ini ditujukan kepada perdana menteri dan menteri kewangan," kata Shahrol.
11.25am: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi bersetuju dengan pasukan pembelaan bahawa kuasa perdana menteri yang begitu luas seperti dilihat dalam Artikel 117 dari Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) dana kekayaan negara bukanlah perkara asing.
Saksi kesembilan itu bersetuju dengan peguam bela Najib Razak semasa pemeriksaan balas.
Shafee: Kuasa seperti ini bukan asing?
Shahrol: Ya.
Shafee kemudiannya merujuk kepada pelbagai Akta seperti Seksyen 3 (2) Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang memberi kuasa perdana menteri untuk mengeluarkan arahan kepada Petronas dari semasa ke semasa.
Apabila Shafee mengemukakan bahawa kuasa itu diberikan kepada perdana menteri kerana Petronas menjadi syarikat strategik untuk kerajaan dan 1MDB juga bertujuan untuk menjadi sebuah syarikat strategik, Shahrol setuju.
11.10am: Semasa pemeriksaan balas terhadap bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu saksi untuk membandingkan Seksyen 56 Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Artikel 117 memorandum dan artikel persatuan 1MDB (1MDB M&A).
Shafee kemudian memberitahu Shahrol bahawa kedua-dua peruntukan itu tidak serupa, tetapi lebih kurang sama.
Difahamkan bahawa pihak pertahanan berusaha untuk menentukan sama ada Artikel 117 1MDB M&A adalah yang pertama seumpamanya, dan membandingkannya dengan Akta IRDA yang digubal pada tahun 2007.
Untuk rekod, Artikel 117 1MDB M&A menetapkan bahawa pindaan kepada M&A serta pelantikan atau penyingkiran pengarah, dan sebarang komitmen kewangan mesti diluluskan oleh perdana menteri.
Namun, saksi itu memberi keterangan bahawa dia tidak dapat melihat kedua-dua peruntukan itu sebagai peruntukan yang sama.
"Sejujurnya, saya susah untuk tengok perkara itu (persamaan). Kerana di sini (Seksyen 56 Akta IRDA), perdana menteri boleh membuat perubahan (kepada peruntukan dalam akta) selepas berunding dengan pihak berkuasa negeri.
"Tetapi di sini (Artikel 117 1MDB M&A) mengatakan anda tidak boleh membuat perubahan kepada M&A tanpa kelulusan PM," kata Shahrol.
11.04am: Prosiding diteruskan.
10.20am: Mahkamah berhenti seketika untuk membolehkan pasukan pembelaan mengutip sekotak dokumen untuk pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan, Shahrol.
10.08am: Mahkamah dimaklumkan bahawa ahli perniagaan Jho Low yang kini dalam buruan bertanggungjawab mencadangkan untuk memasukkan Artikel 117 ke dalam Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB (M&A).
Bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi menegaskan bahawa Artikel 117 adalah serupa Artikel 9(a) dalam Terengganu Investment Authority (TIA).
Shahrol berkata pindaan itu juga antara lain atas nasihat peguam Wong dan Partners.
"Berhubung pindaan, konteks menggantikan 'kerajaan persekutuan' (dalam Perkara 9 (a)) dengan 'perdana menteri' (dalam Artikel 117) datang dari Jho Low. Ini adalah apa yang diinginkan Najib menjadikannya jelas," kata Shahrol.
Apabila Shafee bertanya sama ada saksi pernah mengesahkan kepada Najib jika ia adalah apa yang diperintahkan perdana menteri itu, Shahrol mengakui beliau tidak berbuat demikian.
Perkara 117 1MDB memberi Najib kuasa yang luas sebagai pengerusi lembaga penasihat.
10.02am: 1MDB masih mempunyai kuasa untuk menguruskan syarikat walaupun ada tiga pindaan kepada memorandum dan artikel persatuan (M&A), termasuk artikel 117.
Perkara 117 dari 1MDB memberi Najib kuasa yang luas sebagai pengerusi lembaga penasihat.
Perkara itu dimaklumkan kepada mahkamah oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Shahrol berkata demikian ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee: Anda tahu dan bersetuju bahawa walaupun tiga pindaan (untuk M&A 1MDB), lembaga masih memberikan kuasa muktamad untuk menguruskan syarikat tanpa (kelulusan) pemegang saham?
Shahrol: Ya
9.36am: Prosiding bermula
9.30am: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.
Bekas perdana menteri itu dilihat berunding dengan ketua pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah.
Juga dilihat di mahkamah ialah pendahulunya DPP Gopal Sri Ram dan ahli pasukan pembelaan lain, serta bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang duduk di dalam kandang saksi.
Pasukan pembelaan Najib Razak akan menyambung semula pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwaan kesembilan Shahrol Azrai Ibrahim Halmi pada hari ke-23 perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak atas tuduhan salah guna dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion hari ini.
Ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah bersedia untuk mempersoalkan CEO 1MDB Shahrol atas dakwaan panggilan telefon oleh Najib kepada pengerusi dana kekayaan negara itu, Mohd Bakke Salleh dalam mesyuarat lembaga pada 26 September 2009, merupakan antara pertikaian lain yang dikaitkan dengan kes itu.
Semalam semasa prosiding di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah, Shafee telah mengemukakan beberapa soalan kepada Shahrol atas panggilan telefon yang dikatakan, tetapi pada masa yang sama telah menyatakan kepada mahkamah bahawa pembelaan akan bertanya Shahrol lebih mendalam tentang perkara itu hari ini.
Dalam prosiding terdahulu, melalui kenyataan kesaksian setebal 270 muka surat, Shahrol memberi keterangan bahawa Najib memanggil Bakke semasa mesyuarat itu, yang diadakan untuk memutuskan sama ada 1MDB harus meneruskan usahasama dengan Petro Saudi Antarabangsa.
Semalam, saksi memberi keterangan bahawa panggilan telefon Najib pada ketika itu meyakinkan keraguan yang diutarakan oleh anggota lembaga 1MDB tertentu mengenai usahasama yang dicadangkan di mana mahu ahli perniagaan Jho Low didakwa terlibat.
[Berita lanjut menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai