Banjir di Hilir Perak: 226 mangsa malam ini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Seramai 226 mangsa banjir daripada 63 keluarga di daerah Hilir Perak masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada malam ini.
Ia menunjukkan peningkatan jumlah mangsa berbanding seramai 219 daripada 61 keluarga pada petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata PPS itu merupakan satu-satunya PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan dekat Ipoh dibuka setakat pukul 10 malam.
"Mangsa terdiri daripada 109 lelaki dan 117 wanita," katanya ketika dihubungi di Ipoh malam ini.
Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa berhubung jumlah mangsa terlibat dan keadaan di lokasi berlaku banjir.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai