Skip to main
Logo Malaysiakini

Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel yang disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

Ramasamy tiba di Bukit Aman pada kira-kira 9.50 pagi ini.

“Saya ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung artikel yang dikeluarkan dalam satu portal berita sebelum ini.

“Oleh itu, saya akan memberi kerjasama yang baik kepada polis berhubung perkara ini dan berharap selesai pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Pada 17 Okt lepas, Bernama melaporkan, Ramasamy diminta untuk memberi keterangan berhubung artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Masih Pada Takuk Lama - Ramasamy’ yang disiarkan di laman web www.malaysiagazette.com pada 17 Sept.

Dalam artikel itu, Ramasamy telah mengulas tindakan polis menembak mati tiga lelaki yang disyaki perompak di Kilometer 22, Jalan Rawang menghala Batu Arang, Selangor, 14 Sept lepas.

- Bernama