‘Jangan guna nama LTTE untuk agenda politik tempatan’
Kerajaan Transitional Tamil Eelam (TGTE) mengkritik kerajaan Malaysia berhubung penangkapan ke atas 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)pada awal bulan ini.
Menurut TGTE, tahanan ke atas mereka, termasuk dua Adun DAP itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 - atau lebih dikenali sebagai Sosma.sebagai ancaman palsu sambil menggesa kerajaan supaya tidak menggunakan nama LTTE untuk agenda politik tempatan.
"Pada Mei 2009, LTTE mengumumkan gencatan senjata. Sejak itu, tiada kejadian ganas yang dikreditkan ke LTTE.
"Ahli akademik dan pakar berpendapat bahawa LTTE tidak melakukan perbuatan ganas pada masa ini, dan tidak ada sesiapa yang dikaitkan dengan mereka dalam apa-apa bentuk sejak akhir perjuangan bersenjata," kata TGTE dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, bahkan dalam tempoh konflik bersenjata, LTTE tidak melancarkan sebarang serangan ke atas Malaysia atau sasarkan sebarang kepentingan Malaysia.
TGTE adalah sebuah kerajaan dalam pembuangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat sejak 2009 yang menuntut kemerdekaan tanah Tamil Eelam yang merupakan kawasan-kawasan penempatan majoriti komuniti Tamil di bahagian utara dan timur, Sri Lanka.
TGTE kini turut beroperasi seluruh dunia termasuk United Kingdom, Canada, Norway dan Australia.
Ketua TGTE, Visuvanathan Rudrakumaran merupakan seorang peguam di New York yang juga penduduk tetap Amerika Syarikat.
Menyentuh tahanan 12 individu yang dikaitkan dengan LTTE, TGTE berpendapat bahawa ia didorong oleh pertimbangan politik.
"Sesetengah laporan media memberi perhatian bahawa penangkapan itu didorong oleh pertimbangan politik. Kami menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk tidak menggunakan nama LTTE untuk politik partisan," katanya.
Mereka juga mendakwa bahawa sehingga kini polis tidak mampu menunjukkan sebarang bukti konkrit daripada penangkapan 12 individu ini untuk menyokong tuduhan LTTE adalah ancaman kepada Malaysia.
"Menyedari bahawa ada alasan lain selain ancaman keganasan untuk penangkapan itu akan membawa kecaman dan kemarahan moral, maka pihak berkuasa Malaysia kemudian cuba untuk membenarkan penangkapan atas alasan bahawa mereka mempunyai wang bukti yang dihantar ke LTTE. Setakat ini mereka belum menghasilkan apa-apa bukti untuk menyokong tuntutan ini," katanya.
"Orang-orang Tamil di seluruh dunia menganggap LTTE sebagai satu entiti yang telah memberi mereka kemuliaan, ditunjukkan oleh fakta bahawa masih ada puluhan ribu orang Tamils yang memperingati Maveerar Naal [Heros Day] di seluruh dunia setiap 27 November.
"Kami menggesa pentadbiran baru untuk melaksanakan mandatnya untuk 'Malaysia Baru' untuk bergerak maju dan memahami dan menyokong orang yang tertindas di seluruh dunia," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai