Skip to main
Logo Malaysiakini

Harga ubatan yang tinggi tidak dapat diterima

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

ULASAN l Sudah terlalu lama harga ubatan di negara ini terbiar tanpa dikawal, dengan menjejaskan pengguna yang terpaksa mengeluarkan wang dan Kementerian Kesihatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi berjuta rakyat Malaysia.

Pada 2018, Kementerian Kesihatan membelanjakan lebih daripada RM2.38 bilion untuk ubatan sahaja. Kini kami mendapati syarikat tempatan yang menyediakan manfaat perubatan bagi kakitangan terpaksa membayar berjuta lebih banyak kepada hospital swasta dan klinik berbanding kepada pembelian terus daripada farmasi.

Dengan penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular, ubatan sepanjang hayat yang diperlukan itu amat mahal.

Salah satu alasan utama bagi harga yang tinggi adalah pelbagai paten bagi banyak ubat yang mewujudkan monopoli pasaran bagi syarikat farmaseutikal multinasional dengan demikian tidak temasuk atau melambatkan tertersediaan ubatan generik bagi rawatan yang sama.

Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menunjukkan bahawa banyak paten ini tidak berbaloi daripada monopoli yang diberikan disebabkan standard yang lemah bagi pemberian paten farmaseutikal (termasuk bagi perubahan kecil kepada ubatan sedia ada, kombinasi daripada 2 ubatan kepada satu pil, dos berbeza dan pertukaran daripada bentuk sirap kepada pil).

Tanpa ubatan generik dalam pasaran tiada persaingan untuk menurunkan harga. Dalam satu kes baru-baru ini, ubat kanser yang dipatenkan jatuh lebih daripada 50 peratus dalam harganya apabila paten terakhir tamat dan ubat generik diluluskan untuk jualan.

Artikel yang diterbitkan oleh The Star pada 9 Oktober mendedahkan bahawa 58 peratus daripada 344 hospital di Malaysia adalah untuk entiti keuntungan dan ini amat tinggi. Pada masa yang sama sistem kesihatan awam kita merawat kira-kira 70 peratus daripada semua pesakit dalaman dan 95 peratus pesakit luar dengan hanya 51 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan negara.

Kementerian kesihatan telah memulakan proses rundingan untuk menetapkan mekanisme harga dan terdapat bantahan daripada pemain industri dan hospital swasta – kementerian kesihatan mestilah berdiri teguh dan dengan tegas demi kepentingan awam dan untuk memastikan sistem kesihatan awam kita dapat meneruskan khidmatnya kepada rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan menetapkan mekanisme kawalan harga yang lebih komprehensif bagi ubatan bagi seluruh rantaian pembekalan dan penyampaian, dengan satu komponen menjadi peraturan menaikkan terutama sekali dalam sektor hospital swasta dan rantaian klinik.

Ketelusan harga dan peraturan menjadi gesaan global yang semakin berkembang memandangkan negara kaya dan miskin sedang berdepan dengan harga ubatan yang terlalu tinggi.

Kedua, kerajaan mestilah menangani punca utama harga ubatan yang terlalu tinggi dengan mengetatkan standard dan kriteria bagi pemberian paten farmaseutikal.

Semakan yang sedang berjalan untuk meminda Akta Paten 2004 adalah tepat pada masanya serta peluang bagi mengecualikan mematenkan paten yang “lemah” dan “evergreening” yang melanjutkan monopoli melangkaui 20 tahun dengan memberikan pelbagai paten sepertimana yang dijelaskan di atas.

Ini adalah antara saranan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia dalam kajian pada 2017 terhadap sektor farmaseutikal.

Kini tiba masanya untuk mengambil tindakan bagi menangani salah satu sumber utama peningkatan dalam kos kehidupan bagi rakyat Malaysia – harga ubatan yang tinggi yang tidak dapat diterima.


MOHIDEEN ABDUL KADER adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.