Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Siasat pemimpin DAP terlibat dengan komik haram’

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyeru agar pemimpin DAP yang terlibat isu komik kontroversi karya Hew Kuan Yaw disiasat.

Jelas Ismail, ini susulan dakwaan parti berkenaan yang dilaporkan terlibat dalam penyebaran serta kandungan yang terdapat dalam komik berkenaan.

“Oleh itu pembangkang desak melalui KDN (kementerian dalam negeri) untuk siasat semua pemimpin DAP dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penerbitan komik ini yang dilihat bertentangan dengan undang-undang negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mewartakan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI) atas alasan ia cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme serta menyebarkan fakta yang salah.

Selain itu, komik yang diterbitkan dalam tiga bahasa itu - Melayu, Inggeris, dan Cina - dikatakan mengelirukan pembaca serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Terdahulu, tiga individu termasuk Hew atau dikenali sebagai 'Superman' dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda.

Komik itu adalah terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia yang diterajui oleh Hew dengan kerjasama artis tempatan Chong Po Ling.

Sementara itu, Ismail juga meminta agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyiasat DAP atas dakwaan melanggar akta pertubuhan.

“DAP didaftar yang dalam Akta Pertubuhan dan di dalam Akta Pertubuhan 1966 salah terlibat dalam promosikan bertentangan undang-undang.

“Kita juga dari blok pembangkang pendaftar kaji penubuhan DAP dan jika didapati bersalah, DAP perlu diharamkan,” katanya.