Skip to main
Logo Malaysiakini

Timbalan menteri diserang strok

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir dimasukkan ke wad selepas mengalami strok.

Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi Bernama malam tadi mengesahkan perkara itu.

Katanya, Mohd Anuar kini berada dalam keadaan stabil.

“Saya terima panggilan daripada Pembantu Peribadi (PA) beliau sekitar jam 4 petang tadi memaklumkan tentang Mohd Anuar. Beliau (PA) juga berkata Mohd Anuar agak sibuk dengan jadual yang agak padat. Berkemungkinan beliau (Mohd Anuar) penat," katanya.

Doktor yang merawat setiausaha agung Amanah itu, kata Mohd Faizul telah menasihatkan supaya beliau berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sehingga benar-benar sihat.

Menurut pegawai Amanah lagi, Anuar yang juga MP Temerloh kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai parti itu berkata, imbasan CT (Computed Tomography) menunjukkan Anuar mengalami pendarahan otak.

Bagaimanapun, doktor memutuskan beliau tidak akan menjalani sebarang pembedahan buat masa sekarang.