Lelaki terjun dari jambatan di Kota Bharu dikhuatiri lemas
Seorang lelaki berusia 42 dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Mohd Ridzuan Ali berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.5 pagi selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
"Seramai 22 pegawai dan anggota dari BBP Kota Darul Naim, BBP Kota Bharu dan BBP Pengkalan Kubor (Tumpat) sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
"Operasi SAR itu dilakukan sejauh satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjun," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu, hari ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai