Pertahanan awam sedia lebih 900 bot hadapi banjir
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini memiliki lebih 900 buah bot berbanding 400 bot sebelum ini bagi persediaan menghadapi musim banjir tahun ini, kata Ketua Pesuruhjayanya, Roslan Wahab.
Beliau berkata jumlah bot tersebut mencukupi dan seandainya keadaan banjir bertambah buruk, pihaknya akan mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, seramai 12,000 pegawai dan anggota di seluruh negara akan bertugas ketika fasa pertama bencana banjir dan jumlah tersebut akan meningkat kepada 20,000 anggota sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.
"Banjir tahun ini dijangka berlaku antara empat hingga enam kali berdasarkan jangkaan jumlah hujan lebat bermula 24 Okt hingga Mac 2020,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Setia APM Terengganu, di Kuala Nerus hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengagihkan kit risalah banjir kepada APM daerah untuk diedar kepada masyarakat setempat.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai