AS, China bakal muktamad perjanjian dagang walau sidang Apec batal
GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) masih berharap untuk memuktamadkan satu perjanjian perdagangan awal dengan China menjelang bulan depan meskipun Chile memutuskan untuk membatalkan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Hogan Gidley pada Rabu.
Chile pada Rabu telah membatalkan sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Nov di Santiago susulan tunjuk perasaan berminggu-minggu di negara Amerika Selatan itu.
Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka memuktamadkan fasa pertama perjanjian perdagangan itu pada sidang kemuncak tersebut.
"Kami berharap untuk memuktamadkan fasa pertama perjanjian perdagangan bersejarah dengan China dalam tempoh masa yang sama, dan apabila kami mempunyai satu pengumuman (mengenai perkara itu), kami akan memaklumkannya kepada anda,” kata Gidley dalam kenyataan itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai