Demonstrasi berterusan di Lubnan
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Beribu-ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan pada Rabu petang untuk meneruskan demonstrasi mereka terhadap golongan pemerintah di Lubnan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan saluran TV LBCI.
Penunjuk perasaan berkata tindakan yang berterusan itu adalah bagi menjamin sebuah kerajaan baru yang berupaya menangani keperluan dan kebimbangan mereka dibentuk tidak lama lagi tanpa sebarang penangguhan.
Tunjuk perasaan semakin mereda sehari selepas pengumuman peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Saad Hariri dan jalan raya telah dibuka semula oleh tentera Lubnan selepas disekat sejak 13 hari lalu.
Hariri meminta penyokongnya agar bekerjasama dengan tentera Lubnan serta pasukan dalaman dan tidak bertindak turun ke jalanan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai