Skip to main
Logo Malaysiakini

'Persefahaman agama kunci perpaduan'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi landasan kepada keharmonian kaum di negara ini.

Merujuk kepada surat bertajuk “Plea For Vegetarian Food” yang disiarkan dalam akhbar hari ini, beliau berkata, perlu ada persefahaman agama dalam kalangan rakyat Malaysia terutama membabitkan perkara tuntutan agama seperti menjadi pengamal vegetarian.

“Telah diketahui setiap budaya yang unik dipengaruhi oleh agama.

"Kita tidak dapat menafikan bahawa agama mencorakkan cara hidup kita. Oleh itu, menghargai setiap keunikan akan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain dan meningkatkan kebersamaan sebagai satu bangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Surat daripada bekas pelajar matrikulasi yang mengamalkan vegetarian itu mendakwa pelajar tidak dibenarkan membeli makanan di luar kampus walaupun permintaan secara formal telah dikemukakan kepada pegawai hal ehwal pelajar.

Pelajar itu berkata pihak pengurusan terutamanya institusi pendidikan perlu lebih sensitif terhadap latar belakang agama pelajar.

Waythamoorthy berkata beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan atas semangat kepelbagaian budaya untuk mendapatkan sokongan dan tindakan mereka bagi menangani isu itu.

- Bernama