Hakim tarik diri dari kes saman pelucuthakan 1MDB ke atas Obyu Holdings
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan saman pelucuthakan 1MDB terhadap Obyu Holdings Bhd.
Hakim itu membuat keputusan semasa pengurusan kes mengenai perkara berkenaan di kamarnya pagi ini.
Dalam mengesahkan keputusan itu, TPP Muhammad Shukri Hussain berkata mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember untuk pengurusan kes dan mengemaskini hakim baru yang akan mendengar kes tersebut.
"Dia (Sequerah) sedang mendengar kes utama 1MDB (yang membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion terhadap bekas perdana menteri Najib Razak).
"Memandangkan permohonan ini (saman pelucuthakan 1MDB terhadap Obyu Holdings) lebih kurang dikaitkan dengan 1MDB, Yang Arif (Sequerah) merasakan tidak wajar baginya mendengar kes (terhadap Obyu Holdings) itu," kata Shukri kepada wartawan selepas pengurusan kes hari ini.
Obyu Holdings dimiliki oleh usahawan Sarawak Bustari Yusof, yang dikenali sebagai rakan rapat Najib.
Kerajaan memfailkan saman pelucuthakan terhadap Obyu Holdings berhubung 11,991 barangan kemas yang dirampas polis daripada hartatanah yang dikaitkan dengan keluarga Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur tahun lalu.
Selain barangan kemas, saman itu juga bertujuan untuk merampas 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan, 234 cermin mata gelap, 306 beg tangan serta wang tunai RM114,164,393.44 dalam pelbagai bentuk mata wang.
Obyu Holdings dilaporkan sebagai pemilik unit kondominium yang dikaitkan dengan keluarga Najib.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai