Skip to main
Logo Malaysiakini

Bauksit: '6 bulan uji SOP baru, operator dihadkan'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kerajaan Pahang mencadangkan tempoh setengah tahun bagi menguji keberkesanan standard operasi piawai (SOP) baru perlombongan bauksit sebelum dibuka semula, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

“Kementerian ini dimaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Pahang mencadangkan tempoh selama enam bulan diperlukan bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini sebelum aktiviti perlombongan bauksit boleh dibuka untuk seluruh gegeri Pahang dan di negara kita,” katanya.

Katanya, bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini, Pahang juga bersetuju supaya hanya beberapa operator dibenarkan di kawasan Gebeng, Kuantan setelah mendapatkan kelulusan.

Xavier berkata demikian dalam sesi soal jawab parlimen hari ini.