Projek RTS: Malaysia sekali lagi mohon lanjutan masa
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa Malaysia memohon satu lagi lanjutan masa terhadap projek Sistem Rapid Transit dengan Singapura yang telah ditangguhkan.
Di lobi parlimen hari ini, Loke berkata lanjutan masa sebelum ini dibuat agar Malaysia boleh mengemukakan cadangan untuk meminda perjanjian dua hala mengenai projek itu.
Minggu lalu, Putrajaya berkata cadangan baru itu akan menyaksikan kos projek itu dikurangkan sebanyak satu pertiga menjadi RM3.16 bilion dan selain mendapat kerjasama dari pihak istana Johor.
"(Lanjutan) tangguhan itu bukan untuk semakan ... Ini (untuk) peringkat pelaksanaan," katanya.
Loke berkata Malaysia dan Singapura kini perlu membuat pindaan ke atas tiga perjanjian dua hala menjelang 30 April 2020.
Beliau berkata kajian bersama kejuruteraan perlu dilakukan sebelum pindaan boleh dibuat kepada perjanjian dua hala, perjanjian usaha sama dan perjanjian konsesi.
Projek itu, yang dimulakan oleh pentadbiran BN sebelum ini, bertujuan menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands melalui kereta api dan akan melalui tanah milik Sultan Johor.
Dalam laporan eksklusif pada Mei lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa tanah berkenaan dipindahkan kepada Sultan Johor pada tahun 2017 sebelum penjajarannya dimuktamdkan.
Sementara itu, Straits Times Singapura melaporkan bahawa Malaysia telah memohon untuk menangguhkan projek Sistem Rapid Transit (RTS) Johor Baru-Singapura selama enam bulan lagi - sehingga April 2020.
Memetik menteri pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan, akhbar berkenaan berkata Singapura telah bersetuju dengan permohonan yang dibuat pada 29 Oktober lalu.
"Dalam jawapan bertulis parlimen pada Isnin (4 Nov), Khaw mendedahkan bahawa Malaysia telah memohon pada 29 Oktober untuk melanjutkan penangguhan projek RTS untuk kali ketiga, sehingga 30 April, 2020.
"Singapura bersetuju untuk penangguhan enam bulan dalam semangat kerjasama dua hala," katanya dalam artikel itu.
Malaysia telah meminta untuk menggantung projek RTS sehingga 30 Sept sebelum membuat permintaan kedua untuk lebih banyak masa sehingga 31 Okt.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai