Hakim, pendakwa dan peguam diheret ke mahkamah esok
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
SPRM dijangka mengheret seorang hakim Mahkamah Sesyen, timbalan pendakwa raya dan peguam ke mahkamah esok atas dakwaan rasuah.
Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam kira-kira jam sembilan pagi esok bagi berdepan pendakwaan bawah Akta SPRM SPRM 2009.
“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” menurut kenyataan ringkas SPRM hari ini.
Malaysiakini tidak menamakan mereka buat masa ini sementara menunggu mereka dituduh di mahkamah.
Dipercayai, ini kali kedua dalam sejarah Malaysia seorang hakim yang sedang berkhidmat diheret di mahkamah susulan pertuduhan jenayah.
Kes ini dipercayai mempunyai kaitan dengan siri penangkapan SPRM pada Julai lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai