Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes SRC: Bebaskah Najib atau kena bela diri?

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Najib Razak akan mengetahui nasibnya hari ini - sama ada perlu membela diri atau bebas - berhubung tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Untuk mengetahui kedudukannya, bekas perdana menteri itu perlu menunggu keputusan dibacakan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu akan membuat ketetapan sama ada pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie atau sebaliknya dan menentukan hala tuju kes berkenaan.

Pihak pembelaan selesai menggulung penghujahan mereka pada 27 Ogos lalu dan jika Najib diarah membela diri, beliau dan pasukan pembelaannya akan mula menghadiri pendengaran mulai 3 Dis nanti.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes itu berlangsung sebelum ini.