7 pelajar lelaki direman, kes rogol kawan sekolah
Tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama tiga hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah Tawau di Sabah.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.
"Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam, membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Tawau, hari ini.
Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel, di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.
Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada 3.30 petang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai