Skip to main
Logo Malaysiakini

Bangunan runtuh di Phuket: Paling kurang 4 maut

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

GLOBAL | Sekurang-kurangnya empat maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang, apabila sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Daerah Talang di Phuket hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang (waktu tempatan), dua pekerja pembinaan dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Thalang.

Media tempatan melaporkan bumbung konkrit bangunan pejabat itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit.

Punca runtuhan itu berlaku masih belum dapat dipastikan. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan semula esok pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thalang Lt Kol Anukul Nuket berkata, polis akan memanggil kontraktor dan jurutera projek untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

- Bernama