Skip to main
Logo Malaysiakini

Waktu Subuh Selangor 'dilewatkan' 8 minit

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Waktu solat Subuh seluruh Selangor akan ditambah sebanyak lapan minit mulai 29 Nov, kata Jabatan Mufti Selangor hari ini.

Dalam kenyataannya, perubahan waktu itu dibuat berdasarkan nilai kedudukan matahari dalam hitungan waktu Subuh ditukar, dari 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah di bawah ufuk, khusus bagi negeri itu.

“Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada bagi tahun 2019 negeri Selangor perlu ditambah sebanyak lapan minit secara puratanya,” kata hebahan itu.

Sebagai contoh, kata Jabatan Mufti Selangor, jika waktu solat Subuh mengikut takwim sekarang ialah 5.40 pagi, maka waktu baru selepas penyesuaian itu ialah 5.48 pagi

Menurut hebahan itu juga, perubahan berkenaan diperkenankan Sultan Selangor hari ini.

"Waktu solat terkini bagi tahun 2020 atau 1441-1442 H negeri Selangor, boleh dimuat turun melalui laman sesawang JMNS, http://www.muftiselangor.gov.my” kata kenyataan itu.