MCA sebahagian Muafakat Nasional? Kehidupan tak dapat diramal, kata timb presiden MCA
Timbalan Presiden MCA, Dr Mah Hang Soon 'berfalsafah' ketika ditanya sama ada MCA akan menyertai Muafakat Nasional berikutan kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai
"Politik seperti kehidupan. Ia tidak dapat diramal. Kamu tidak pasti apa akan berlaku esok," kata Mah pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-55 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Sangat sukar bagi kita untuk mengatakan secara pasti apa yang akan berlaku," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pihak pembangkang harus bekerjasama demi solidariti.
"Saya fikir sebagai parti politik, kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan kita perlu (berbuat demikian)," katanya sambil menambah situasi itu berlaku dengan parti pembangkang di seluruh dunia.
Mengakui bahawa akar umbi MCA mempunyai pandangan berbeza terhadap Muafakat Nasional, Mah bagaimanapun berharap partinya bergerak sebagai satu pasukan apabila mengambil keputusan selepas perbincangan dan mesyuarat.
"Penting untuk kita mengambil keputusan tepat," katanya tanpa mengulas lanjut.
PAS yang bekerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional berkempen untuk calon MCA Wee Jeck Seng di PRK Tanjung Piai baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mah berkata Muafakat Nasional bukan faktor tunggal dalam kemenangan calon MCA pada PRK itu.
Katanya, kelemahan PH dan calon gabungan itu antara sebab membawa kejayaan kepada MCA.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai