Skip to main
Logo Malaysiakini

K'jaan akan peruntuk RM30j pada TAR UC setiap tahun

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pemegang amanah biasiswa Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) menerima persetujuan kerajaan secara bertulis akan memperuntukkan dana RM30 juta setiap tahun.

Surat persetujuan diserahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada Presiden Persatuan Alumni TAR UC (TAA) Yap Kuak Foong di Kuala Lumpur, semalam.

Yap berkata jawatankuasa sementara mengemukakan kertas kerja yang memerlukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berharap akan menerima dana secepat mungkin selepas amanah tersebut ditubuhkan.

Jawatankuasa sementara lembaga amanah terdiri daripada Yap, bekas presiden TAR UC Tan Chik Heok, peguam Kenny Ng Been Ken dan timbalan presiden persatuan alumni itu, Chan Wah Kiang.

"TAA tidak akan lupa asal usulnya, dan mahu menyumbangnya. Penolakan politik daripada pendidikan akan menyumbang sistem TAR UC lebih sihat.

"Kami akan memastikan amanah itu sebagai sah dan akan mendapatkan kepercayaan orang awam," kata Yap.

Menteri kewangan yang turut hadir pada sidang media bersama Yap berkata bahawa beliau tidak lagi melayan tuntutan daripada MCA - pemilik TAR UC berhubung urusan dana.

Kata Lim, dana akan disalurkan kepada TAR UC sebaliknya bukannya dana amanah sekiranya MCA melepaskan kepentingan dalam institusi itu memandangkan kerajaan persekutuan tidak dapat membiayai entiti politik.

"Tiada insititusi pendidikan menerima dana kerajaan - hanya MCA. Sekiranya tidak ada pemisahan kemudian, DAP, Bersatu, PKR, Umno atau PAS juga akan meminta peruntukan kerajaan," katanya.

Ketika pemberita menjelaskan bahawa Yap merupakan anggota seumur hidup MCA, Lim berkata ia bukan masalah kerana Yap bukan sebahagian daripada pimpinan parti.

"Penjawat awam juga dibenarkan menyertai parti politik dan masih berkhidmat dengan bebas," jawabnya.

[Baca berita asal]