'Belajar silat boleh ceburi kerjaya bidang keselamatan' - Dr Maszlee
Kementerian Pendidikan merancang untuk menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, selain subjek pilihan berkredit di universiti bagi memartabatkan warisan tradisi berkenaan.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya juga merancang agar silat dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), agar pelajarnya boleh diberikan sijil yang dapat digunakan untuk menceburi kerjaya dalam bidang keselamatan.
Katanya, dalam masa yang sama, aktiviti mempromosikan seni silat ini juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Education Malaysia.
“Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.
“Bagi memupuk minat dalam kalangan pelajar, kita juga menggalakkan pihak sekolah untuk mewujudkan kelab silat dengan sasaran sebanyak 5,000 kelab pada tahun depan,” katanya kepada media, di Batu Pahat hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka yang ke-10 di Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Batu Pahat, hari ini.
Hadir sama adalah Naib Canselor UTHM, Dr Wahid Razzaly.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai