Belum masuk kerajaan pun Zahid sudah jutawan besar - Annuar
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mempertikaikan kenapa isu kenderaan Presiden Umno Zahid Hamidi dibangkitkan.
Annuar berkata, beberapa buah kenderaan dan motosikal besar Zahid sebenarnya dihadiahkan seorang sultan.
Anggota parlimen Ketereh itu juga menggambarkan Zahid sebagai seorang yang berwang kerana sudah lama menyertai bidang korporat.
“Setahu saya ada beberapa buah big bike (motosikal besar) dan kenderaan yang pernah dihadiahkan oleh seorang sultan kepada DSZH (Zahid).
“Apa tujuan di bangkitkan?
"Tidakkah sebelum menyertai kerajaan lebih 25 tahun dulu beliau sudahpun ahli korporat dan multimillionaire (jutawan besar)?”soalnya.
Annuar berkata demikian di Twitter, menjawab status Syahredzan Johan, setiausaha politik anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang, yang menyenaraikan semula kenderaan mewah milik Zahid.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, saksi mendedahkan Zahid membayar cukai jalan lebih RM35,000 setahun bagi kenderaan, yang kebanyakannya mewah.
Saksi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mendedahkan Zahid mempunyai 18 kenderaan mewah yang kebanyakkannya menggunakan nombor pendaftaran 38.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai