Amaran cuaca buruk di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Sarawak sehingga esok selain hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Selasa depan.
MetMalaysia menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat dan cuaca buruk di Sarawak akan berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan selain di Sri Aman, Betong dan Sarikei.
Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, dan di Kuantan, Pekan dan Rompin, di Pahang kerana hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa.
Amaran cuaca peringkat waspada itu turut melibatkan beberapa daerah di Johor iaitu Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai