K'jaan pertimbang jual saham Petronas kepada negeri pengeluar petroleum
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjual saham Petronas kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas di Malaysia, sabagai salah satu usaha mengumpul dana untuk membayar hutang kerajaan.
Menurutnya, melalui kaedah tersebut ia mampu memberi peluang kepada negeri seperti Sabah dan Sarawak kuasa dalam pengurusan Petronas.
"Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, terpulang kepada kerajaan untuk menjual saham secara persendirian bukannya di pasaran, kepada negeri seperti Sabah dan Sarawak.
"Petronas adalah sebuah syarikat yang sangat besar, ia juga bergantung kepada berapa banyak (negeri-negeri tersebut) mampu membayarnya,” kata Mahathir dalam satu wawancara bersama Reuters, semalam.
Perairan Sarawak dan Sabah yang berada di Laut China Selatan memiliki rizab minyak dan gas paling banyak di Malaysia.
Mengulas lanjut, katanya kerajaan boleh mengurangkan kepentingannya yang disenaraikan atau tidak di dalam unit Petronas.
“Apa yang kami perlukan adalah mengurangkan pembabitan kami, jumlah kepentingan yang kami pegang, untuk menambah dana untuk Malaysia,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai