Skip to main
Logo Malaysiakini

MTUC: Presiden Majlis Senator dimaklumkan mengenai kenyataan akhbar

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) menegaskan ia telah menghubungi Presiden Majlis Senator Malaysia, Khairuddin Abdul Samad sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai hasil mesyuarat mereka pada Isnin.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, pasukan medianya telah menghubungi Khairuddin, beberapa jam selepas mesyuarat itu, untuk mendapatkan komen beliau mengenai keputusan berkenaan.

"Wakil berkenaan memberitahu Khairudin bahawa beliau akan menulis kenyataan akhbar mengenai hasil mesyuarat itu dan komennya untuk berita," kata Solomon dalam satu kenyataan.

Beliau menambah wakil media berkenaan telah pun menghantar pautan berita berkaitan kepada Khairuddin, tetapi tidak diminta membuat penjelasan sehinggalah sidang akhbarnya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khairudin awal hari ini yang membidas MTUC kerana menyatakan secara salah hasil mesyuarat mereka mengenai Rang Undang-Pembaharuan Undang-undang Buruh yang akan dibahaskan minggu depan.

"Ia adalah membingungkan yang Khairuddin hanya memutuskan untuk menarik balik komen beliau lebih 24 jam selepas laporan itu, yang dilapor pelbagai portal dan media arus perdana.

"Perlu ditekankan bahawa wakil media kamidikenalinya dan peranan yang dia mainkan dalam MTUC. Kami mempertahankan kenyataan kami," kata Solomon.

Solomon menegaskan MTUC mempertahankan pendirian menentang pembaharuan berkenaan dan Khairudin juga berjanji untuk membangkitkan kebimbangan mereka semasa perbahasan rang undang-undang itu minggu depan.

Pada sidang media pagi ini, Khairudin mendakwa beliau tidak pernah dihubungi berhubung petikan kata-katanya dalam satu kenyataan akhbar MTUC, berhubung usaha menentang rang undang-undang untuk meminda peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Antara lain, Khairudin dipetik sebagai berkata bahawa beliau berkongsi beberapa kebimbangan MTUC.

Timbalan Presiden Majlis Senator, Razali Ismail juga berkata adalah tidak wajar MTUC mencipta persepsi bahawa ia menerima sokongan untuk menentang undang-undang berkenaan.