Skip to main
Logo Malaysiakini

Syarikat akan diwajibkan kemuka maklumat pemilik benifisial

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengenakan garis panduan baru mulai tahun depan, yang mewajibkan semua syarikat berdaftar dalam mengara ini untuk menyatakan maklumat berkenaan pemilik benifisialnya.

Pengarah bahagian pembangunan dan perkhidmatan perundangan SSM Norhaiza Jemon, berkata suruhanjaya itu berhasrat untuk melaksanakan garis panduan baru itu pada awal 2020.

Syarikat-syarikat mempunyai masa enam bulan dari tarikh ia mula dikuatkuasakan untuk memenuhi semua syarat, katanya ketika bercakap di satu forum berkenaan pemilikan benefisial di Kuala Lumpur, hari ini.

“SSM berhasrat untuk melaksanakan garis panduan pada awal tahun hadapan.

“Jadi bermula dari tarikh ia dilaksanakan, syarikat mempunyai masa enam bulan untuk memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

“Selepas enam bulan, pendaftar akan menggunakan kuasa kami (SSM) untuk mendapatkan semua maklumat untuk dihantar kepada pendaftar," katanya lagi.

Beliau menjadi salah seorang ahli panel dalam forum itu, yang membincangkan ancaman pemilikan benefisial yang berselindung di belakang sesebuah syarikat, dan cara untuk menanganinya.

[Berita lanjut menyusul]