Skip to main
Logo Malaysiakini

PNB umum 2.75 sen agihan pendapatan untuk ASN

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 2.75 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan 2019.

Ini meliputi pulangan dividen sebanyak 4.4 sen seunit berasaskan kepada nilai aset bersih (NAV)) dana berkenaan setakat 16 Dis, kata PNB dalam kenyataan.

Sejumlah RM49 juta akan diagihkan kepada 1.22 juta pemegang unit ASN dengan lebih 1.78 bilion unit yang dipegang.

"Sehingga 30 Nov, ASN mencatatkan untung bersih pendapatan sebanyak RM53.5 juta bagi tempoh 11 bulan bagi tahun kewangan,” katanya.

PNB berkata dividen akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun mereka pada 2 Jan, 2020, berasaskan kepada NAV seunit pada 31 Dis.

- Bernama