Pulangan ASB terendah: ‘Apa pun alasan, rakyat rugi’
Umno menolak sebarang alasan berkaitan pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang rendah bagi tahun ini.
“Apapun alasan yang diberikan, ketidakcekapan kerajaan menguruskan ekonomi telah merugikan rakyat,” kata presidennya Zahid Hamidi.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) kelmarin mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5sen seunit dengan bonus 0.5sen bagi ASB untuk 2019.
Pulangan yang diumumkan hari ini menjadi angka terendah baru sejak semenjak penubuhannya padanya pada 1990.
Tahun lepas Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.5sen dan bonus 0.5 sen seunit ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember.
Pengerusi PNB Zeti Akhtar Aziz bagaimanapun berkata beliau berpuas hati kerana “situasi sangat mencabar”.
Dalam tulisan panjangnya hari ini, Zahid berkata pulangan ASB itu “sekali lagi menyaksikan rakyat khususnya Melayu dan Bumiputera menjadi mangsa”.
“Sekali gus membantutkan matlamat asal penubuhan ASB yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai