Lokap dengan tahi bertaburan di IPD Semporna, kata Suhakam
Keadaan lokap di ibu pejabat polis daerah Semporna begitu teruk dengan najis bertaburan di seluruh tempat, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Menurut pesuruhjayanya, Jerald Joseph, Suhakam begitu terkejut apabila melawat lokap itu pada Oktober lalu dan menyaksikan hampir semua tandas di 16 sel lokap berkenaan dan sistem perparitannya tersumbat.
“Keadaan tandas, ada 16 sel, hampir semua sel tandas tersumbat. Hitam dan coklat, bau busuk, apa sahaja yang boleh kamu bayangkan.
“Terdapat najis bertaburan di sel-sel yang tidak digunakan ygan menyebabkan bau yang teruk.
“Sistem selenggara dan pancuran berada dalam keadaan teruk, saluran tersumbat. Papan tempat tidur terkopek. Lantai simen kotor. Pengudaraan kurang baik kerana tiada kipas dan tiada eksos,” Joseph pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Menurut Joseph keadaan menjadi begitu teruk kerana ketiadaan penyelenggaraan yang memadai kerana kekurangan bajet daripada kerajaan. Tambahnya, penyelenggaraan terakhir yang dilakukan adalah kira-kira 10 tahun lalu.
“Kita kesian kepada OKT (orang kena tuduh) dan pegawai polis. Kedua-dua merana.
“Kalau satu (pihak) saja yang merana, itu lain cerita. Tapi pegawai (dan anggota polis) sendiri yang merana.
“OCPD (ketua polis daerah) nak baiki, tapi kena tunggu bajet,” katanya.
Menurut Joseph, tidak ada pihak yang seharusnya dilayan sebegitu teruk dan dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan.
Justeru, katanya, pembaikan perlu dilakukan segera manakala lokap itu ditutup buat sementara.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai