Skip to main
Logo Malaysiakini

Cerita pembunuhan Altantuya tidak lengkap, kata AG

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Tiga belas tahun sudah berlalu sejak pembunuhan kejam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, namun sehingga hari ini masih terdapat banyak soalan yang belum terjawab.

Mengakui perkara itu, Peguam Negara Tommy Thomas berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengarahkan siasatan baru dibuka.

“Semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal bahawa hanya kedua-dua mereka yang dipersalahkan.

“Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap,” katanya dalam temubual bersama Bloomberg, Jumaat lalu yang disiarkan hari ini.

Thomas merujuk kepada dua bekas anggota pasukan khas polis (UTK) - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umnar - yang telah disabitkan dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2015.

Kes pembunuhan itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila Malaysiakini pada 16 Disember lalu melaporkan bahawa Azilah sedang memohon semakan kehakiman untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan dan membatalkan sabitan dan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.


Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'


Dalam akuan berkanunnya (SD) dari penjara Kajang, banduan yang sedang menunggu hukuman gantung itu menuduh bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan pembunuhan tersebut.

Dia mendakwa bahawa Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan sekutu rapatnya, Abdul Razak Baginda telah meyakinkan kepadanya bahawa Altantuya adalah seorang perisik asing yang mengancam keselamatan negara.


Teks penuh SD Azilah yang babitkan Najib dalam kes Altantuya


Di sebalik dakwaan Najib bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan Altantuya, Azilah mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu bersama Razak Baginda bertemu di London.

Kes pembunuhan kejam itu diselubungi kontroversi susulan kegagalan mahkamah untuk menentukan motif dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bekas ketua pengiring Najib, Musa Safri untuk tampil memberi keterangan sebagai saksi dan juga tidak merayu keputusan mahkamah yang membebaskan Razak Baginda kerana bersubahat dengan pembunuhan itu.

Minggu lalu, ahli perniagaan Deepak Jaikishan, yang juga adalah bekas sekutu Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu mengarahkan pembunuhan tersebut.


Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa - Deepak


Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ketika dibunuh Altantuya sedang mengandung dengan anak Najib. Bekas PM itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebagai "sampah”.

Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam perakuan berkanun (SD) Azilah yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

[Baca berita penuh]