Skip to main
Logo Malaysiakini

Elaun khidmat kritikal: Kementerian akan hantar wakil jumpa JPA

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad telah meminta wakil daripada kementeriannya untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada kadar segera bagi membincangkan mengenai elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Dzulkefly dalam ciapan di laman Twitter hari ini menamakan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mewakili pihak kementerian untuk berjumpa dengan JPA pada sesi pertemuan itu.

"Saya akan pantau perkembangan perkara ini. Keperluan setiap kementerian pastinya berbeza dan ini wajar dibawa ke kabinet sekali lagi akhirnya," menurut ahli parlimen Kuala Selangor itu.

JPA dalam satu kenyataan semalam menjelaskan pemansuhan BIPK hanya melibatkan pelantikan baru sahaja mulai 1 Jan 2020.

Menurut kenyataan itu lagi, penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.

-Bernama