Skip to main
Logo Malaysiakini

Hari kad laporan buat menteri, disusuli rombakan kabinet

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Dalam langkah inovatif oleh kerajaan Pakatan Harapan, para menteri diminta untuk menyediakan kad laporan untuk menilai prestasi masing-masing sepanjang tahun 2019.

Menurut sumber Putrajaya, kad laporan itu akan memuatkan penilaian kerja mereka dan pencapaian keseluruhan setiap kementerian.

Kad laporan itu dijangka dibentangkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat kabinet esok.

Beberapa menteri dan kementerian telahpun memuatnaikkan laporan masing-masing di laman web media sosial dan kementerian dengan pendidikan sebagai kementerian pertama yang berbuat demikian pada 13 Disember lalu.

Semua kecuali dua kementerian dilaporkan telah mengemukakan kad laporan 2019 mereka kepada perdana menteri.

Menurut sumber, pada awalnya adalah difahamkan Mahathir akan memaklumkan kepada kabinet mengenai pengganti Maszlee esok, tetapi kini ditangguhkan kerana perdana menteri telah berjumpa dengan beberapa menteri untuk membincangkan rombakan yang melibatkan dua atau tiga jawatan.

Pengumuman pengganti Maszlee dan rombakan dijangka diumumkan pada minggu ini.

[Baca berita penuh]