Skip to main
Logo Malaysiakini

Setakat ini semua baik, kata Trump

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata semuanya dalam keadaan baik susulan serangan peluru berpandu di dua lokasi di Iraq ke atas pangkalan tentera negara itu dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

Iran dilapor melepaskan tembakan roket pada awal pagi Rabu ke atas pangkalan udara Iraq Asad, yang menempatkan tentera AS, beberapa jam selepas pengebumian Qasem Soleimani.

“Semua dalam keadaan baik. Peluru berpandu dilancarkan Iran terhadap dua markas tentera di Iraq.

“Penilaian mangsa dan kerosakan sedang berjalan. Setakat ini semua baik,” kata Trump dalam ciapan di Twitter.

“Saya akan membuat kenyataan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam serangan awal pagi itu, sekurang-kurangnya 12 peluru berpandu disasarkan terhadap markas udara al-Asad dan Erbil di Iraq.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan mereka melancarkan serangan bagi membalas dendam atas kematian komander tertinggi pasukan itu, Qasem Soleimani, dalam serangan dron AS di Iraq Jumaat lalu.

- Reuters