Isu hiasan tahun baru Cina bukan isu besar - Uncle Kentang
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pusat Bandar Puchong 1, di Puchong melihat isu hiasan tahun baru Cina di sekolah itu bukan satu masalah.
“Ini bukan isu besar,” kata pengerusinya Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
Semalam, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan Ibrahim Ali menyelar penggunaan hiasan itu yang didakwanya bersifat keagamaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Kuan berkata beliau difahamkan pihak sekolah bersedia menurunkan hiasan itu.
Aktivis terkenal itu juga berkata tanglung tahun baru Cina itu disumbangkan oleh seorang wakil rakyat Amanah.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi wakil rakyat itu bagi mendapatkan maklum balasnya.
'Pupuk perpaduan'
Sementara itu, seorang ibu kepada pelajar sekolah itu memberitahu Malaysiakini bahawa sekolah itu telah lama memupuk perpaduan melalui pelbagai perayaan.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Leong itu berkata mereka juga menyambut Aidilfitri dan Deepavali sebelum ini.
“I sendiri tak tahu kenapa isu sebegini dibangkitkan,” katanya.
R Indrani, 48, pula pihak sekolah tidak patut tunduk kepada desakan Putra,
“Sambutan perayaan kaum lain di sekolah peluang kepada murid untuk memahami budaya, cara hidup masyarakat lain,” katanya ketika ditemui.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai