Lim: Kabinet putuskan pemangku menteri pendidikan
Jemaah menteri hari ini memutuskan pemangku bagi jawatan menteri pendidikan selepas Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan minggu lalu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Walau bagaimanapun, Lim berkata beliau akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membuat pengumuman tersebut.
"Kami ada membuat keputusan mengenainya, tetapi biarlah perdana menteri mengumumkannya," kata Lim pada sidang akhbar di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kuala Lumpur hari ini.
Guan Eng sebelum itu menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan Khamis lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai