Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM bakal dakwa pengerusi agensi milik KPM

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Seorang pegawai kanan di sebuah syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, esok.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Rahman Mohamed Shariff dijadual akan dihadapkan dengan tiga tuduhan di depan hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rozina Ayob.

Bagaimanapun tuduhan yang akan dikenakan ke atas bekas pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) tidak dinyatakan.

Untuk rekod EMGS adalah entiti di bawah KPM yang ditugaskan untuk mempromosikan penyedia pendidikan Malaysia ke pasaran dunia.

Ia juga menjadi pusat sehenti untuk pelajar warga asing memohon visa dan insurans kesihatan.

Tahun lalu, EMGS - yang ditubuhkan pada 2012 - disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 

Portal FMT pula melaporkan, pejabat EMGS 'dilawati' oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu.

Ketika itu Abdul Rahman memberitahu, SPRM sedang menjalankan siasatan aduan oleh salah seorang kakitangan EMGS.

"Ia berhubung pembelian buah kurma sempena Ramadan," katanya sambil memberi jaminan siasatan itu dijalankan dengan bebas.

[Baca berita penuh]