Bukan pegawai saya yang ditangkap, kata Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menafikan laporan yang mendakwa salah seorang pegawainya antara yang ditahan dalam serbuan awal pagi tadi.
Dalam kenyataan petaing ini, beliau yang merupakan presiden Bersatu berkata individu yang dikatakan pegawai khasnya itu sebenarnya merupakan kakitangan di ibu pejabat parti.
"Saya telah dimaklumkan mengenaik kes Adhif Syan (adun Dengkil) dan beberapa lagi individu yang ditahan polis dalam satu serbuan pada awal pagi semalam.
"Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat. Saya tidak akan campur tangan dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang," katanya.
Awal pagi tadi, Adif yang juga ketua pemuda Bersatu Selangor menafikan dirinya ditangkap dan menyifatkan dakwaan itu sebagai usaha sabotaj menjelang pemilihan parti.
“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, merujuk hantaran berkenaan perkara itu yang tular di media sosial.
Hantaran itu mendakwa Adhif ditahan bersama sepuluh lagi, termasuk pegawai kepada beberapa pegawai tinggi kerajaan, di sebuah kelab di Damansara.
Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid asari bagaimanapun kemudian mengesahkan penangkapan itu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan menggantung tugas pegawai kementeriannya yang ditangkap dalam kejadian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, biro disiplin Pemuda PKR berkata pihaknya memandang serius dakwaan seorang anggota exconya yang dikatakan turut ditangkap.
“Biro Disiplin AMK memandang serius terhadap perkara ini dan akan mengkaji sama ada terdapat pelanggaran kod tata etika anggota, mana-mana peruntukan perlembagaan parti atau peraturan AMK dalam kes ini sementara menunggu kenyataan media dari pihak polis,” kata pengerusi biro itu P Arvindran.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan beberapa pengarah polis kini sedang membuat sidang media di Bukit Aman.
Terdahulu ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador akan memberi penjelasan lanjut berkenaan perkara itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai