Skip to main
Logo Malaysiakini

Kini News bersiaran di Astro Awani mulai malam ini

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Malaysiakini dan Astro memeterai kerjasama perkongsian kandungan bersejarah yang akan menyaksikan Kinitv menyiarkan buletin hariannya di saluran Astro 501, bermula hari ini.

Bertajuk "Kini News", segmen Kinitv itu akan bersiaran di Astro Awani pada pukul 9.45 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Rancangan itu akan menghidangkan berita-berita utama negara dalam bentuk ringkas dengan bantuan visual dan penceritaan yang menarik.

Tahun lalu, Kinitv meraih Golden Play Button dari Youtube setelah melepasi sejuta pelanggan di laman itu. Jumlah tersebut terus meningkat sejak itu.

Kinitv dianggap saluran berita di Malaysia yang paling banyak diikuti di laman itu, dengan jumlah tontonan hampir satu bilion.

Kinitv bermula pada 2007, ketika itu dikenali sebagai Malaysiakini.tv, dan dikenali dengan liputan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia, termasuk himpunan Bersih dan Hindraf, dalam bahasa Inggeris.

Ia mula dikenali sebagai KiniTV pada 2013. Perubahan itu membawa pertumbuhan yang membolehkannya mula melaporkan berita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Liputan PRU ke-14 Kinitv mencecah rekod 7.2 juta penonton.