Skip to main
Logo Malaysiakini

Data e-Tunai Rakyat takkan disalah guna, kata Lim

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata data yang diperolehi daripada inisiatif e-Tunai Rakyat tidak akan disalahgunakan untuk kegunaan komersial.

"Makluamt (yang dikumpul) adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain," katanya kepada media semasa ditemui di Petaling Jaya pagi ini.

Beliau berada di pasar basah SS2 untuk mempromosikan skim e-Tunai Rakyat membabitkan bantuan kerajaan sebanyak RM30 bagi setiap pengguna baru e-dompet.

Lim berkata program itu diuruskan oleh firma milik penuh kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

"Anda mungkin bimbang ada pihak yang akan melombong data (pengguna), tapi jangan bimbangm, kerajaan bukan syarikat komersial.

"Untuk pertubuhan komersial, sesetengah mereka akan berminat untuk melihat pola penggunaan dan menggunakan maklumat tersebut.

"Bagaimanapun kerajaan bukan mengendalikan perniagaan, jadi kami tidak akan membenarkan (akses kepada sektor perniagaan)," katanya.

Skim e-Tunai Rakyat digerakkan dengan pembabitan tiga syarikat pembayar iaitu Axiata Digital Sdn Bhd yang mengendalikan aplikasi Boost, Touch 'N Go Sdn Bhd (Touch 'N Go) dan Grab Holdings Ltd (GrabPay).

Daripada tiga syarikat itu kerajaan memiliki kepentingan secara tidak langsung dalam Axiata Digital dan Tounch 'N Go arem manakala Grab Holdings ditubuhkan di Singapura.

Mengenai alasan kerajaan berharap amalan transaksi dapat dilakukan secara "digital sepenuhnya" Lim menjelaskan ia akan mengambil masa kerana sesetengah pihak - seperti penduduk luar bandar - perlu membiasakan diri dengannya.

"Tun (Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad) mahu ia dilaksanakan serta-merta kerana ini langkah penting ke arah amalan telus dan pertanggungjawaban.

"Kalau (satu hari nanti) kita benar-benar (mengamalkan transaksi) tanpa tunai, kita boleh mengatasi banyak masalah rasuah," katanya.

[Baca berita penuh]