Anwar: PH dan Warisan perlu tingkatkan usaha
PRK KIMANIS | Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata PH dan sekutunya, Warisan perlu meningkatkan usaha mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.
Anwar berkata demikian susulan kekalahan Warisan kepada BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis malam ini.
"Kami telah menerima keputusan dan kami menerima keputusan itu. Tahniah kepada calon yang menang dan terus berkhidmat.
"Tetapi saya percaya di Sabah, di bawah kepimpinan Shafie Apdal dan Warisan serta Pakatan Harapan di peringkat (peringkat persekutuan) Malaysia, kami akan meningkatkan usaha kami.
"Sudah jelas bahawa banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat adalah masalah ekonomi.
"Kita terima keputusan seperti biasa. Tahniah kepada calon yang menang, teruskan berkhidmat. Tapi saya percaya di Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Shafie Apdal, Warisan dan juga di Malaysia Pakatan Harapan, kita akan terus meningkatkan usaha kita,
"Jelas masalah yang dihadapi oleh rakyat itu kebanyakannya masalah ekonomi," katanaya ketika ditemui pemberita semasa majlis Tahun Baru Cina di kawasan parlimennya, di Port Dickson.
Anwar menambah bahawa ketika ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa.
"Saya fikir bukan masalah menyalahkan sesiapa, tapi tindakan harus diambil. Kalau tak dapat terima kenyataan ini kesannya parah.
"Nampaknya sudah menyeluruh ke seluruh negara," katanya.
Anwar juga menegaskan bahawa, tanggungjawab itu bukan hanya untuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tapi juga kesemua pemimpin PH termasuk dirinya.
Mengulas isu berasingan, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada lembaga disiplin PKR berhubung isu melibatkan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang dihantar surat tunjuk sebab.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai