Skip to main
Logo Malaysiakini

Kadar inflasi Malaysia rendah sepanjang 2019

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Malaysia mencatat kadar inflasi paling rendah sepanjang tahun 2019 dan membuktikan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah berjaya mengawal kenaikan harga.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata berbanding pelaksanaan GST sebelum ini kadar inflasi telah naik hampir 5 peratus.

"Inflasi kekal rendah dan stabil pada 1.0 peratus pada bulan Disember 2019. Bagi seluruh tahun 2019, kadar inflasi adalah hanya 0.7 peratus dan ini merupakan antara bacaan yang terendah di rantau ini.

"Kadar inflasi yang rendah ini jelas menunjukkan bahawa pemansuhan GST serta pengenaan harga siling RM2.08 per liter ke atas petrol RON95 telah berjaya mengawal kenaikan harga, berbanding pelaksanaan GST yang sebelum ini telah mengakibatkan inflasi naik setinggi hampir peratus.

"Malaysia akan mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan Amerika Syarikat-China Prospek ekonomi Malaysia akan bertambah cerah dengan termeterainya perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Jelas Lim lagi, Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka yang berkait rapat dengan rantaian bekalan dunia.

Katanya, sebarang peningkatan jumlah perdagangan dunia akan menaikkan permintaan untuk eksport Malaysia, dan seterusnya membantu meningkatkan pertumbuhan KDNK negara.

Dalam pada itu katanya, kerajaan mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang secara mampan pada 4.8 peratusnpada tahun 2020.

"Lebih tinggi berbanding pertumbuhan 4.7 peratus yang dijangkakan untuk tahun lepas," katanya.