Skip to main
Logo Malaysiakini

'Tiada larangan bersuara dari DAP tapi bincang secara dalaman'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Di tengah-tengah perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai isu peralihan kuasa, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perbicangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan tanggapan umum.

Ditanya sekiranya beliau bercadang menasihati anggota parti, beliau berkata tidak akan mengeluarkan 'gag order' (larangan bersuara daripada pimpinan parti) berhubung perkara itu.

"Saya rasa perbincangan patut dibuat secara dalaman tapi sekali lagi, apabila kamu memiliki budaya demokratik, sangat sukar untuk mengenakan gag order.

"Walaupun kita tidak mahu mengenakan gag order, penting bagi kita untuk membincangkan perkara ini secara dalaman.

"Bertelingkah secara terbuka hanya akan memberi manfaat kepada lawan kita, jadi ayuh kita beri tumpuan kepada pentadbiran dan isu-isu ini akan diselesaikan secara dalaman," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Walaupun nasihat yang sama dikeluarkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, pemimpin PH terus bertelingkah mengenai isu peralihan kuasa.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana didakwanya mendesak Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Ini mengundang bidasan daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, Chang Lih Kang dari PKR dan beberapa pemimpin Pemuda DAP

[Berita penuh menyusul