Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiada pesakit dijangkiti koronavirus di Hospital KPJ Seremban

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Setakat ini tiada kes 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan di hospital swasta KPJ Seremban di Seremban, seperti yang tular di media sosial.

Perkara itu disahkan Pengurus Klinikal dan Operasi KPJ Seremban Dr Ahmad Syukri Jamaludin.

“Tiada kes wabak koronavirus di hospital ini setakat hari ini.

“Hantaran yang dibuat oleh salah seorang doktor pakar kita di laman sosial Facebooknya semalam yang turut disertakan dengan laporan makmal, mungkin telah disalah guna oleh sesetengah pihak dengan tidak menyertakan penjelasan doktor berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban, hari ini.

Hari ini, tular di media sosial laporan makmal dari KPJ Seremban, yang memaparkan laporan kesihatan seorang pesakit yang menerima rawatan di KPJ Seremban, bahawa kononnya pesakit itu didapati positif koronavirus.

Pakar Pediatrik hospital berkenaan dalam Facebooknya hari ini menjelaskan, bahawa pesakitnya itu bukan dijangkiti koronavirus.

- Bernama