Skip to main
Logo Malaysiakini

TPM pengerusikan mesyuarat isu wabak koronavirus

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan mengenai data dan status terkini mengenai wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

Setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

Turut hadir mesyuarat ialah Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Jen Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

- Bernama