6 anak kapal Malindo Air dikuarantin 14 hari di China
Malindo Air mengesahkan bahawa enam anak kapalnya telah dikuarantin selama 14 hari di Zhengzhou, China kerana terdapat seorang penumpang dalam pesawat dari wilayah Hubei yang disyaki mempunyai 2019 novel koronavirus.
Menurut kenyataan yang dihantar dalam Facebook rasmi syarikat penerbangan itu, anak kapal tersebut mengendalikan pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Jan (Jumaat).
“Malindo Air memantau rapi keadaan itu dan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh anak kapal berkenaan serta pihak berkuasa di China, bagi meminimumkan penularan koronavirus itu.
“Penyaringan proaktif penumpang di lapangan dan kawalan yang lebih ketat ke atas pergerakan penumpang untuk semua penerbangan pergi dan dari tanah besar China sedang berjalan.
“Semua penumpang China dari wilayah Hubei (seperti yang ditunjukkan dalam pasport) mesti mengemukakan sijil perubatan untuk membuktikan bahawa mereka layak menaiki pesawat. Penumpang yang didapati tidak sesuai untuk perjalanan akan ditolak untuk menaiki penerbangan, " menurut kenyataan itu.
Penumpang boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan Malindo Air [email protected] atau hubungi + 603-7841 5388 (8:00 pagi - 10 malam) untuk membatalkan atau mengubah rancangan perjalanan mereka.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai