Skip to main
Logo Malaysiakini

122 kematian dalam 8 hari Op Selamat

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 122 kematian daripada 113 kes nahas maut direkodkan dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Jan lepas, sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 82 kematian.

Menurutnya Selangor merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 23 kes, diikuti Johor (15 kes), Sarawak (14), manakala Kedah serta Kelantan, masing-masing 11 kes.

“Dalam tempoh berkenaan sebanyak 12,948 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan jumlah nahas tertinggi iaitu 3,870 kes, diikuti Johor (2,005), Kuala Lumpur (1,540) dan Pulau Pinang (1,059),” katanya dalam satu kenyataan di sini

Selain itu, sejumlah 205,414 saman turut dikeluarkan dengan 128,539 saman atau 62.6 peratus membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Jan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Feb ini.

- Bernama