Suspek buang bayi ke sungai dibebas dengan jaminan polis
Pasangan kekasih yang dipercayai menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi perempuan ke dalam Sungai Perak dibebaskan dengan jaminan polis, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso, berkata suspek lelaki dan wanita yang berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas semua proses dokumentasi dan rakaman percakapan selesai.
Barudin berkata polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
"Sehingga kini mayat bayi perempuan itu masih belum ditemukan," katanya ketika dihubungi di Parit hari ini.
Sabtu lalu, wanita berkenaan dikatakan menyerahkan mayat bayinya kepada teman lelaki sebelum dibuang ke dalam Sungai Perak berhampiran rumah pam Lembaga Air Perak Teluk Kepayang, Bota, kira-kira pukul 2 pagi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai